Friday, April 30, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS GOTONG ROYONG PERDANA 2010 SK GUSI SUGUT RANU

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Untuk makluman kepada para pelawat webblog ini, pihak sekolah ingin menjemput Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik untuk menghadiri Program Gotong Royong Perdana yang akan di adakan pada 27 Mei 2010, majlis akan bermula pada jam 11 pagi.

Datanglah Beramai-Ramai

Peperiksaan Pertengahan Tahun

PEMBERITAHUAN

Kepada Guru-Guru SK Gusi Sugut, peperiksaan pertengahan tahun akan dijalankan pada 19 April sehingga 21 April 2010 (Rabu - Jumaat). Mohon kerjasama agar guru-guru dapat membuat persediaan lebih awal.

17 April 2010 adalah tarikh akhir untuk menghantar soalan peperiksaan kepada S/U peperiksaan.


"Kalau Orang Kampung Boleh Survive di Kampung Yang Nun Jauh Di Sana, Mengapa Saya Tidak Boleh"

Guru perlu efektif, sentiasa fikir pendekatan baru

Guru perlu efektif dan sentiasa memikirkan pendekatan baru bagi menyesuaikan amalan mereka kepada perkembangan dunia pendidikan, kata Pengarah Pelajaran Sabah Dr. Haji Muhiddin Yussin.

Beliau berkata, peranan guru sebagai sumber utama penyebar pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar bukan sekadar ‘penyampai pengetahuan’ tetapi sebagai ‘pemudah cara pengetahuan’.

“Bagi mewujudkan sistem pendidikan yang releven dan dinamik, guru perlu memainkan peranan sebagai pendidik yang menghayati aspek profesionalisme keguruan.

“Antara usaha yang boleh menjadikan profesion perguruan disanjung tinggi adalah melalui kajian tindakan seperti yang dijalankan oleh sekumpulan guru di SMK Bandaraya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2009 dan Pelancaran Buku Koleksi Kajian Tindakan SMK Bandaraya, di sekolah itu, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengetua SMK Bandaraya Dr. Shirley Tay Siew Hong, guru-guru dan para pelajar.

Muhiddin berkata, penggunaan kaedah kajian tindakan merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan, melalui perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran yang mana ini boleh menjadi satu platform bagi guru menjana kecemerlangan dalam kalangan pelajar.

“Kajian tindakan merupakan penyelidikan yang dijalankan oleh guru ke atas suasana sebenar di sekolah. Menerusi kajian ini, guru dapat merancang dan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan pencapian objektif.

“Selain itu mereka dapat memahami, membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif serta mengubah dan memperbaiki amalan diri sendiri dan para pelajar untuk menuju kecemerlangan,” katanya.

Katanya lagi bagi melahirkan generasi berkualiti dan meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan, ibu bapa dan masyarakat juga harus memainkan peranan penting.

“Ibu bapa dan anak-anak merupakan satu gabungan jiwa bagi melahirkan modal insan berkualiti dan produktif bagi menjamin kesejahteraan dan meningkatkan daya saing negara di peringkat global.

“Oleh itu saya berharap para pelajar dapat menghayati dan menimba sebanyak mungkin ilmu daripada guru-guru bagi memantapkan minda dan pengetahuan untuk membawa negara mencapai wawasan 2020,” katanya.

Muhiddin berkata, dalam mengharungi dunia yang penuh cabaran, para pelajar perlu disemai dengan keteguhan jiwa dan kekuatan iman.

“Program kerohanian seperti penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sahsiah yang dijalankan secara berterusan oleh pihak sekolah sangat membantu bagi membentuk jati diri pelajar yang berdikari, berketrampilan, matang dan bertanggungjawab,” katanya.

Antara pelajar yang menerima anugerah Pelajar Cemerlang pada majlis itu ialah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Norzellah Asim, Morsidy Nasir dan Kasmini Badin.

Manakala pelajar cemerlang SPM pula ialah Yusuf Kamal dan Nurul Amni Isnirur, pelajar cemerlang PMR Siti Nurhidaya Abdul Ghalib, Nuraliah Alias, Nur Athen Mohd.Hardy Abdullah dan Suriana Sunarto. - Sumber: Sabahdaily.net & NST

1 Mei 2010

Esok hari Sabtu 1 Mei 2010. Selamat Hari Pekerja Untuk Semua Yang Berkerja!

Kalau di Ranau pula, tamu besar iaitu setiap 1hb setiap bulan. So, jom gi tamu.

Tuesday, April 20, 2010

Cuaca Sekarang

Minggu ni 18 April 2010, cuaca di Kg. Gusi dan di kampung persekitaran adalah sangat baik. So, jalan pun tidak lah mengerunkan sangat. Yang masalahnya pula bila musimkering, banyak pula habuk di jalan. So, kalau 'truck' atau kenderaan pacuaan 4 roda yang ada air-cond bolehlah guna, jangan kedekut tau.

Kalau nak datang ke sekolah kami buat lawatan yang nak buat lawatan mengejut atau lawatan formal, ngam datang masa kering ni. Jangan pula masuk masa hujan, yerlah jalan tu bukan selamat sangat. Gaung dan parit besar ada di kiri dan kanan jalan. Hutan pulak tu, maybe Harimau pun ada. Kalau tersilap ja drive time jalan licin sure masuk parit or gaung. Bantuan tak dijamin akan sampai dalam masa 30 minit. So, jangan lupa bawa 1st aid kit or CB radio.

Apa yang kami mohon ialah, sekolah kami baru ja beroperasi tahun lepas 2009. Kemudahan dan kelengkapan belum mencukupi, jangan bandingkan sekolah kami dengan sekolah-sekolah lain di bandar atau sekolah-sekolah yang dah lama wujud yang mempunyai pelbagai kemudahan dan kelengkapan. Adil atau tidak? Tidak adilkan, cubalah anda fikir dengan waras!

"Gunakan Kebijaksanaan Anda, Gunakan Hati Nurani Anda"

Sepak Takraw

Pada 13-14 April 2010, Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun telah diadakan di gelanggang Takraw SK Kilimu Ranau.

Berita gembira untuk semua warga Ranau, wakil bahagian Kinabalu akan diwakili oleh team takraw dari SK Gusi Sugut (selaku juara bahagian: Jurulatih Cikgu Asidin Sakunir dan dibantu oleh Cikgu Hisham) dan SK Miruru (naib juara: Jurulatih Cikgu Yusuf).

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Jurulatih SK Gusi Cikgu Asidin dan Cikgu Hisham kerana atas usaha mereka, team takraw SK Gusi dapat melangkah ke peringkat negeri. Oleh itu marilah kita beramai-ramai memberi sokongan padu kepada kedua-dua team takraw ini agar mereka dapat mewakili negeri Sabah ke peringkat Kebangsaan.

"Kejayaan Demi Kejayaan Akan Kita capai"

Sunday, April 18, 2010

Pemandangan Sekitar Ranau

Yesterday, on Saturday i took these picture using my phone. The location is near the junction to the Pejabat Daerah Ranau and Jalan Tambunan, basically its near the Mosque. I know the resolution is not good at all. I just wanna show you all that there are tons beautiful things around us and i urge your all to take a minute or two to take a moment about our surroundings. Appreciate it and love it.




Tuesday, April 13, 2010

Video Program Kecermerlangan UPSR 2010

Ceramah ringkas telah disampaikan oleh Pengerusi Program Cikgu Jackson

Program Kecermerlangan UPSR 2010 SK Gusi

Gambar kenangan semasa pelancaran Program Kecermerlangan UPSR


Antara Ibu-bapa yang hadir




Cikgu Reimon sedang berucap mewakili Guru Besar


Ucapan Daripada YDP PIBG En. Galam B Abdullah


Ucapan dan sedkit kata-kata motivasi daripada Pengerusi Program Kecermerlangan UPSR 2010

Pra-Sekolah


Dari Johor Mai KK, sekarang ni stay menyewa di Kg. Lohan, Ranau bersama-sama dengan kawan baik (Encik Musa). Masuk kerja pergi pulak ke SK Gusi Sugut Ranau, jauh ba tu! 3 jam setengah driving!!

Cikgu Mohd Sharol Kamal Zainal Abidin, merupakan guru pra-sekolah pertama di tempatkan di sekolah ini. Bujang weiii orangnya, ada tahi lalat lagi tu di dagu.

Proses P&P tetap dijalankan dengan di bantu oleh Pembantu Pengurusan Murid (anak si mummy)Cik Roshida Bt Sallehudin.

Cuma keadaan kelas yang serba serbi kurang, maklumlah sekolah baru akan tetapi semangat 'tambang' tetap membara di hati guru-guru ini. Untuk memastikan anak -anak bangsa mendapat pelajaran yang sewajarnya.

Kelas Pemulihan



Pada tahun 2010 sekolah ini telah mendapat seorang guru pemulihan. Kami bersyukur sangat kerana pihak jabatan mendengar masalah sekolah. Nama guru tersebut Cikgu Jamal Idris, orangnya hensem penuh dengan senyuman.

Banyak masalah yang dihadapi semasa proses p&p hendak dijalankan. Kalau nak diceritakan tidak elok. Cuma sebagai guru pedalaman P3, yang sangat kekurangan dalam semua aspek pentadbiran dan kemudahan, kekuatan mental dan jati diri serta dorangan daripada isteri tercinta (Cikgu Jamal dah kawin weii) adalah salah satu aspek penting dalam diri seseorang guru.

"Kejayaan Demi Kejayaan, Akan Kami Capai"

Monday, April 12, 2010

Durian Belanda Penawar Kanser Sebenar

Oleh: hajilebai
Source:http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3827

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.



Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan pohon ajaib dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon ajaib ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mothers milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.
Posted by HD371 at 5:33 AM

Wednesday, April 7, 2010

Bola Tampar




Kalau dah stay di ulu sugut dengan tiada air, internet dan electric apa yang perlu di buat ya??Bersukan sambil bergembira. Dengan bantuan 3 hero Kg. Gusi iaitu saudara Arman B Siauh, Cikgu Shah dan Cikgu Jamal, maka terlaksanalah impian kita untuk bermain bola tampar.
Tapi ingat, belum simen lagi based dan lantai gelanggang. Apa boleh buat, peruntukan belum diagihkan. Jadi main jerlah walaupun risiko kemalangan sangat tinggi terutama apabila terjatuh semasa bermain boleh mendatangkan kecerderaan serius.

Berbalik kepada cerita tadi, siap saja gelanggang, main bola tampar. Best juga bersukan ni, lakukanlah sekarang, ayuh kita bersukan.

Berita Gempar!!

Sejak kebelakangan ini, cuaca di Kg Gusi adalah tidak menentu. Kadangkala hujan lebat di sebelah petang atau malam. Jika keadaan ini berlaku terutama apabila anda merancang hendak membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Gusi, maka apa yang perlu anda lakukan ialah jangan panik, jangan takut, jangan risau dan jangan drive kereta yang kecik. Kalau ada kereta extreme 4x4 lagi bagus.

Ini kerana keadaan jalan still lagi tanah merah dan apabila hujan, jalan menjadi sangat licin, nak brek pun payah. Tapi, tabik spring kepada guru-guru SK Gusi kerana sanggup juga masuk walaupun time hujan. Editor dengan Cikgu Shah dan Cik Shida telahpun merasainya iaitu bagaimana memandu semasa jalan licin dan tayar kurang cengkaman. Apabila turun bukit saja, tukar gear Low, masuk gear 1 dan tenang.....tarik nafas....hembus...

Pernah satu ketika truck editor tergelincir masuk parit. Sakit juga bahu terhentak dekat pintu. Syukur, there wasn't anything bad happen to us. And most of the teachers in SK Gusi have experienced driving in the rain, muddy road and the road is not friendly at all.

GeGar!!

1) Minggu hadapan bersamaan 13 April 2010, Pesta Kokum Peringkat Zon Ulu Sugut 2010 di SK Melinbsau. Tidak syak lagi, Sekolah Kebangsaan Gusi akan menyertai pesta ini. Dijangkakan Pihak Sekolah akan menghantar beberapa orang murid untuk mengambil bahagian.

2) Pada 13 hingga 16 April akan diadakan Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Bahagian, dan Ranau merupakan tuan rumah pada tahun ini. Dengan ini, para pemain sepak takraw dari SK Gusi dengan bimbingan jurulatih berpengalaman Cikgu ASsidin Sakunir, akan turut serta selaku juara dearah Ranau. Apa-apa pun, jom kita ramai-ramai menyokong pemain-pemain dari Ranau ini.


Dari editor: Teruskan Perjuangan, Kejayaan Demi Kejayaan Akan Kita Capai!!