Saturday, June 26, 2010

World Cup South Africa 2010

This is a true story.

Most of the teachers love soccer/football even though some of us can't play very well hahaha. Even in the remote area, we still can watch live match by subscribing to ASTRO. Yes, we have an ASTRO, i know some of you might think it seems silly but we have indeed.

Therefore, every match, we can't miss to watch. What is my favorite team? USA, Argentina, Brazil, Mexico, South Korea and of course Japan (domo arigato). Which team will win the World Cup? I'm not telling you because i have no idea. Just sit tight and enjoy the match.

"NO BOOKIE PLEASE"

Kami Guru Pedalaman 3







Coretan hari ini berkenaan dengan pengalaman bertugas di sekolah yang dikelaskan sebagai pedalaman 3. Apa itu pedalaman 3?

Pedalaman 3 adalah untuk sekolah yang paling "jauh", mundur, tiada kemudahan asas, dan macam-macam lagilah.

Tepukan gemuruh untuk guru-guru yang sedia mengajar di tempat ini. Mereka sangat tabah, cekal dan sentiasa bersemangat untuk mengajar.

"Love Your Self, Be Your Self"

SUkan Pra-Sekolah


Dari kiri: Cikgu Datu, Cikgu Dasim (SK Karagasan),Cikgu Mohd Yahya, Ustaz Zul (SK Karagasan, EN. Jasmi (SK Karagasan) dan berdiri di belakang En. Roy PK1 (SK Karagasan).





Pada 24 June 2010 yang lepas, SK Gusi telah menghantar peserta untuk mengambil bahagian dalam Sukan Prasekolah yang bertempat di SK Melinsau. Sebanyak 6 buah sekolah sekitar Zon Sugut yang mengambil bahagian.

SK Gusi telah mendapat tempat ke 5 keseluruhan, cayalah sifu Shah dan PPM CIk Shida, next year boleh up kan lagi. Turut membantu juga ialah dua orang guru pengiring merangkap dirverlah, iaitu Encik Mohd Yahya dan Yang Mulia Datu Mohd Khiddar. Ibubapa pun ada join sama.

"Next Year Our School Will Be on The Next Top Three"

21 June 2010

Diucapkan selamat maju jaya kepada semua guru-guru dan KTBM SK Gusi sebab 21 June 20101 sekolah dah start buka setelah berminggu-minggu cuti sekolah.

SELAMAT POK!!

Tuesday, June 1, 2010

Pesta Keamaatan 4x4 Special Stage

Pada cuti Keaamatan ini, satu pertandingan 4x4 telah diadakan di Lohan Dam, dan ia berlangsung selama 3 hari 2 malam. Pihak editor bersama krew turut mengambil bahagian iaitu tangkap gambar saja. Belum mampu lagi nak join sama, kereta belum power lagi nihh.

Pertandingan kali ini amat menarik dan sangat berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Banyak SS yang mencabar para perserta. Tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjur pertandingan ini dengan "Two Thumbs UP."

Pertandingan 4x4 ini tiap-tiap tahun diadakan di tempat yang sama, cuma cabaran SS sahaja yang berbeza-beza. Kalau para sahabat yang tidak berkesempatan melihat aksi para peserta 4x4, anda bolehlah round-round tengok gambar yang editor sempat ambil.

























Penanaman Pokok Sempena Program Gotong Royong Perdana Mei 2010















Encik Amat wakil PPD Ranau


Encik Ayub wakil PPD Ranau sedang menanam pokok kenangan dengan dibantu oleh Ustaz Lomangkad dan Pengerusi PIBG Encik Galpam Abdulla





Yang Berhormat Dr. Joachim ADUN Kundasang sedang menanam pokok kenangan sambil dibantu oleh Ustaz Abdullah Lomangkad Guru SK Gusi.


Yang Berhormat Datuk Saringan Gubat Ahli Parlimen P179 sedang menanam pokok kenangan sambil dibantu oleh Encik Asidin Sakunir Guru Besar SK Gusi

Perasmian Program Gotong Royong Perdana Mei 2010

Gambar kenangan bersama tetamu jemputan YB Dr Joachim, YB Datuk Saringan Gubat, YBhg Pegawai Daerah Ranau, Wakil PPD Ranau Encik Ayub, Guru Besar SK Gusi Encik Asidin


YB Datuk Saringan Gubat sedang berucap dengan penuh semangat.


YB Dr. Joachim


Ybhg Encik Ayub (wakil PPD Ranau)


Yang Berusaha Encik Asidin Sakunir (Guru Besar SK Gusi)


Para petugas sedang sibuk mengemaskini data di saat akhir.


Derma buku oleh Cikgu Reimon Geiwod (PK Kokum)


Derma buku oleh Yang Mulia Datu Mohd Khiddar Datu Kadir


Jurukamera Cikgu Jackson kawat (PK 1)




Para murid bersalaman dengan para jemputan yang baru tiba dengan menaiki helikopter Sabah Air.

Persiapan Majlis Perasmian Gotong Royong Perdana Mei 2010

Persiapan memasang LCD oleh Cikgu Jamal Idris dengan bantuan rakan-rakan sekerja.


Cikgu Mohd Shahrol Kamal sedang berlatih membaca teks MC yang sedang di perhatikan oleh Guru Besar Cikgu Asidin, Cikgu Reimon PK Kokum (Batik Hitam) dan Cikgu Hisham (Batik Biru).


Para tetamu sedang mengambil tempat.


Para ibu-ibu Kg. Gusi sedang sibuk memotong daging untuk masakan tengahari


Cikgu Reimon sedang membantu ibu-ibu memotong sayur kubis.


Cikgu Mohd Yahya, Cikgu Hisham Nasiri, Cikgu Mohd Sharol Kamal, Cik Roshida dan Cik Noor serta murid-murid tahun 6 sedang menyiapkan banner.


Yang botak tu, tengah tersengih murid tahun 6 adik Razil hassan

Kem Motivasi UPSR Fasa 1

Kem Motivasi UPSR Fasa 1 telah dijalankan dengan jayanya pada 25-26 Mei 2010 bertempat di bangunan prasekolah SK Gusi. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Gusi Encik Asidin B Sakunir.

Matlamat utama kem motivasi ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tahap 2 tentang kesedaran diri dan bagaimana untuk meningkatkan semangat juang untuk belajar. Dua orang penceramah telah di jemput khas bagi menjayakan program ini.

Cikgu Jackaon Kawat merupakan penceramah utama dan dibantu oleh Cikgu Datu Mohd Khiddar sebagai penceramah kedua. Antara topik yang telah disentuh ialah tentang diri sendiri, kejujuran, kasih sayang, pembentukan jati diri dan lain-lain.

Secara keseluruhanya, objektif dan matlamat utama telah dapat dicapai dengan jayanya atas kerjasama semua pihak yang terlibat. Pada masa hadapan kem motivasi ini akan diteruskan dengan pengisian yang lebih mantap dan menarik.

SELAMAT PENGANTIN BARU






Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Cikgu Mohd Yahya Mohd Rustim bersama isteri Puan Rujuni Jaidin, semoga Tuhan sentiasa memberkati tuan dan puan sekeluarga dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Sebentar tadi sekitar jam 2 petang editor bersama isteri dan ipar duai menghadiri majilis perkahwinan kedua mempelai ini. Kedua-dua mereka ini bagai pinang di belah dua.

Ramai sahabat taulan dari Kg Gusi yang hadir terutama Encik Arman bersama isteri, Puan Siti Jaimah, ipar Cik Siti Jainab dan anak-anak, Encik Kamaruddin berserta dua orang anak beliau, Encik Japar, Encik Galam bersama isteri dan anak-anak.

Dikalangan guru-guru pula yang hadir Cikgu Jackson Kawat (Penolong Kanan 1) bersama isteri dan Yang Mulia Datu Mohd Khiddar Datu Kadir bersama isteri. Guru Besar tidak dapat hadir kerana mempunyai tugasan sebagai jurulatih sepak takraw bawah 12 tahun dan Cikgu Jamal Idris mempunyai komitment dengan keluarga tercinta.