Tuesday, June 1, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU






Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Cikgu Mohd Yahya Mohd Rustim bersama isteri Puan Rujuni Jaidin, semoga Tuhan sentiasa memberkati tuan dan puan sekeluarga dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Sebentar tadi sekitar jam 2 petang editor bersama isteri dan ipar duai menghadiri majilis perkahwinan kedua mempelai ini. Kedua-dua mereka ini bagai pinang di belah dua.

Ramai sahabat taulan dari Kg Gusi yang hadir terutama Encik Arman bersama isteri, Puan Siti Jaimah, ipar Cik Siti Jainab dan anak-anak, Encik Kamaruddin berserta dua orang anak beliau, Encik Japar, Encik Galam bersama isteri dan anak-anak.

Dikalangan guru-guru pula yang hadir Cikgu Jackson Kawat (Penolong Kanan 1) bersama isteri dan Yang Mulia Datu Mohd Khiddar Datu Kadir bersama isteri. Guru Besar tidak dapat hadir kerana mempunyai tugasan sebagai jurulatih sepak takraw bawah 12 tahun dan Cikgu Jamal Idris mempunyai komitment dengan keluarga tercinta.

No comments:

Post a Comment