Saturday, November 27, 2010

Cuti Akhir Tahun 2010

Editor mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru-guru serta para kakitangan SK Gusi. Diharapkan agar semua warga SK Gusi dapat menafaatkan cuti akhir tahun dengan sebaik-baiknya.

P/S Kawan yang nak balik Johor tu, jangan lupa next year ada new adventure lagi. Apa-apapun jaga diri dan jaga keselamatan keluarga. InsyaAllah bulan depan kita jumpa lagi (17 Dec ada meeting di PKG Ranau, semua guru-guru dan kakitangan SK Gusi wajib hadir).

Perkhemahan UBF SK Gusi dan SK Monopod

Gambar Kenangan Perkhemahan Unit Badan Beruniform SK Gusi dan SK Monopod




SK GUSI BOLEH!!

Tahniah kepada kontingen sukan SK Gusi kerana mendapat 8 Emas 5 Perak dan 2 Gangsa dalam Sukan tahunan anjuran bersama SK Monopod Beluran. Tahniah diucapkan juga kepada Adik Syawal Bin Beluot kerana dipilih sebagai Olahragawan pada tahun ini.






Wednesday, November 17, 2010

MAJLIS ANUGERAH KECERMERLANGAN (Gambar Kenangan)










MAJLIS ANUGERAH KECERMERLANGAN

Pada 15hb Nov 2010 yang lalu, Majlis Anugerah Kecermerlangan Sek Keb Gusi telah selamat disempurnakan oleh JKKK En. Kamaruddin Bin Unangga. Majlis yang diadakan secara sederhana dihadiri oleh para jemputan yang terdiri daripada ibubapa dan penduduk sekitar.

SENARAI NAMA PENERIMA SIJIL KONVOKESYEN PRASEKOLAH

1-HASLY BIN HARDY
2-MOHD ABD JILAH BIN ASPAL
3-MOHD AKMAL BIN ARMAN
4-MOHD ALIK BIN BELUOT
5-MOHD SHAROL IZAT BIN SHAFIEE
6-MOHD WAZREY BIN GALONG
7-NORHANA BINTI ABD RASHID
8-NORANIE BINTI LANTANG
9-NORIATI BINTI LANTANG
10.SITI AYUNI BINTI ROSLI
11-SITI NORSAIRA BINTI KASMIN
12-MOHD MASNI BIN ROSLEE

SENARAI PENERIMA ANUGERAH AKADEMIK

Tahun 1
1-Siti Masriah Binti Rosli
2-Rozia Binti Muhammad
3-Amirol Nizam Bin Kasmin

Tahun 2
1-Siti Norshafikah Binti Kamaruddin
2-Siti Norhidayah Binti Arman
3-Norlianah Binti Hasad

Tahun 3
1-Julpian Bin Samsuddin
2-Siti Masdiana Binti Abd rashid
3-Midah Binti Roslee

Tahun 4
1-Mohd Kazdin Bin Kamaruddin
2-Mohd Ramadan Bin Rosli
3-Taufik Hidayat Bin Arman

Tahun 5
1-Jamilah Binti Amiril

Tahun 6
1-Mohd Kazaruddin Bin kamaruddin
2-Mohammad Anif Bin Rosli
3-Josly Bin Hardy

ANUGERAH PEMULIHAN
1-Ramlah Binti Muhammad
2-Siti Noraini Binti Ismail

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KURIKULUM
Mohd Kazaruddin Bin Kamaruddin (UPSR 3A 1B 1D)

AUNGERAH PELAJAR CEMERLANG KO-KURIKULUM
Mohd Abdul Lila Bin Aspal (Pemain Sepak Takraw Peringkat Kebangsaan)

ANUGERAH AHLI PIBG CEMERLANG

1-Encik Samsuddin Bin Bolatas
2-Encik Beluot Bin Nanaih
3-Encik Hasad Bin Nanaih
4-Puan Itom Binti Kundasang
5-Puan Mastiara Binti basi

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Kepada semua umat Islama di seluruh dunia, kamai mengucapkan selamat menyambut HARI RAYA AIDIL ADHA, semoga amalan yang kita dilakukan diterima oleh Allah.



Friday, November 12, 2010

Jom santai










KEPUTUSAN UPSR 2010


Tahniah di ucapakan kepada Sek Gusi kerana mendapat pencapaian yang baik dalam keputusan UPSR 2010.

Di harapkan agar pada masa hadapan keputusan UPSR SK Gusi dapat dipertingkatkan lagi.

Jujur Dan Amanah Tonggak Kejayaan

Sukan Tahunan

SK Gusi Ranau dengan kerjasama SK Monopod Beluran akan mengadakan sukan tahunan yang bertempat di SK Monopod Beluran pada 13 hingga 14 Nov 2010.

SK Gusi akan menghantar 1 kontingen untuk bersaing dalam temasya ini. Di harapkan agar para atlit dapat menjaga disiplin dan berusaha untuk bersaing secara sihat dalam temasya sukan tahunan.

Minggu Program Pemulihan 2010

Pada 1hb Nov 2010 yang lalu, satu program khusus sempena Minggu Pemulihan telah diadakan di Sek Kebangsaan Gusi yang telah disempurnakan oleh Guru Besar En Asidin Sakunir. Program ini dijalankan selama 4 hari bermula 1 Nov hingga 4 Nov 2010.

Encik Jamal sebagai guru pemulihan SK Gusi berkata pendedahan yang diberikan kepada murid mengenai kepentingan kelas pemulihan. Selama 4 hari para pelajar SK Gusi menjalani pelbagai perkara antaranya ialah pertandingan membaca, mengira dan membuat persembahan secara berkumpulan.

Secara kesimpulannya, program ini banyak membantu murid untuk menjadi lebih yakin pada kemampuan diri mereka.










Thursday, November 4, 2010

HARI UCAPAN PENYAMPAIAN HADIAH 2010

Hari Ucapan Penyampaian Hadiah Kali ke-2 SK Gusi akan diadakan pada hari Isnin 15hb Nov 2010. Pelbagai acara akan diadakan sebelum majlis diadakan.

'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...

by Mentari Hidup FACEBOOK on Friday, October 29, 2010 at 1:41am

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)


"Didiklah juga pelajar-pelajar kita dengan penuh kasih sayang...bagaikan anak sendiri.