Tuesday, November 10, 2009

LETS GO TO SK GUSI

Menyusuri Sungai Sugut untuk sampai ke sekolah. Best tau kalau da biasa hidup susah!





Ha, ni dia sungai Karagasan!


Gambar dibawah ni ialah sungai Karagasan dan Encik ARMAN (boatman terhandal/sahabat baik) tengah melambai2. Gambar ni diambil dekat Kg Karagasan. Mesti melalui Sungai Karagasan, because in oder to go to Kg. Gusi, one must use this road and eventually one needs to cross this river. FYI, this is the only road to Kg Gusi. From Kg. Karagasan to Kg. Gusi, it will takes aroud 1 hour by driving 4x4. Just a reminder to you, during the rainy seasons, you can't use this road, because the rivers are very dangerous during that time and the road is very slippery. Tapi kalau guna tayar lipan, ada winch didepan 4x4, to mungkin bolehlah heheh.



Kg Kaingaran, ni selepas 2 jam 30 minit melalui jalan berbatu-batu.Belum lagi sampai Kg Gusi.


Perjalanan yang selesa?


Jalan-jalan cari makan. Perjalanan ke Kg Gusi mengambil masa 3 jam 40 minit, tu kalau drive kereta (4x4) macam siput. Kalu tidak sayang kereta 2 jam 30 minit boleh sampai, gerenti. Kawan-kawan dah pernah cuba, drive kereta 4x4 macam jalan berturap.

Monday, November 9, 2009

PEMBINAAN TAPAK KELAS KABIN

Pada hari Khamis 5 Nov 2009, 17 Zulkaedah 1430H, 30 orang penduduk Kg. Gusi berserta guru-guru telah berkerjasama membina tapak kelas kabin SKGR.

KETUA dan PEN. KETUA KELAS TAHUN 2-3 2009

Penolong Ketua Kelas Tahun 2-3
JULPIAN B SAMSUDIN


Ketua Kelas Tahun 2-3
Mohd Kazdin B Kamaruddin

KETUA dan PEN. KETUA KELAS TAHUN 4-5 2009

Penolong Ketua Kelas 4-5
RAZIL B HASAN


Ketua Kelas Tahun 4-5
JOSLY BIN HARDY

Saturday, November 7, 2009

PEMBUKAAN SK GUSI RANAU

Majlis pelancaran pecah tanah tapak sekolah baru SK GUSI SUGUT RANAU telah disempurnakan oleh Tuan Haji Dr. Muhiddin Bin Yusuf, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, pada 15 November 2008.


SK. Gusi Ranau (SKGR) secara rasmi dibuka pada awal Januari 2009. Pada masa itu hanya seorang guru yang berpengalaman telah di tempatkan di sekolah ini. Cikgu Asidin B Sakunir merupakan guru pertama yang bertugas di SK Gusi dan dilantik sebagai Guru Besar SKGR.

Pada 1hb April 2009 seramai 36 murid telah mendaftar di SKGR. Bilangan tenaga pengajar telah bertambah sebanyak 2 orang iaitu Cikgu Reimon Geiwod dan Cikgu Mohd Yahya B Mohd Rustim. Sebelum berpindah ke SK Gusi, mereka pernah bertugas di SK Karagasan. Dengan rela hati dan ikhlas mereka berpindah ke sekolah baru yang sangat mencabar. Pertengahan bulan April, dua orang guru telah ditempatkan di sekolah ini Cikgu Datu Mohd Khiddar B Datu Kadir dan Cikgu Ah Cunh (nama samaran di Kg Karagasan)di pindahkan daripada SK Karagasan ke SKGR.

Penambahan guru-guru di SKGR adalah sangat perlu kerana sekolah ini masih lagi baru seperti bayi yang baru lahir.

Bagaimana hendak ke SK Gusi Ranau?
Perjalanan ke SKGR tidaklah mencabar sangat. Jika hendak ke sana, kenderaan yang dapat membawa anda ke sana tidak lain dan tidak bukan kenderaan pacuaan 4 roda ataupun 4x4. Jarak dari Ranau ke SKGR ialah sekitar 90 KM dengan melalui jalan batu kelikir dan tanah merah.

Jika dalam musim tengkujuh atau hujan iaitu sekitar bulan December hingga Febuary, openduduk kampung Gusi dan guru-guru akan menaiki bot laju menyusuri sungai Sugut. Kami bergerak dari Karagsan Port ke Gusi Port. Perjalanan menaiki bot adalah sekitar 45 minit sahaja dengan melepasi beberapa jeram yang sangat merbahaya.

Perlu dingatkan jika anda hendak menaiki bot, jangan lupa membawa jaket keselematan, yerlah kan sungai tu bahaya, arus teramat deras.

Kami guru-guru sangat bersyukur keranan mempunyai sahabat dan kawan yang sudi membantu kami untuk pergi ke Sk Gusi dengan menaiki bot laju. Pemandu bot seperti Sedara Arman B Siauh dan sedara 'Tilau' amat disegani. Mereka berdua boleh menyusuri sungai Sugut pada waktu malam dengan sedikit chaya bulan dan tanpa bantuan cahaya lampu. Itulah sedikit sebanyak pengalaman manis yang dapat saya coretkan.

Friday, October 30, 2009

KETUA PENGAWAS & PENOLONG


Penolong Ketua Pengawas SKGR
Mohd. Kazarudin b Kamaruddin


Ketua Pengawas SKGR
Mohd. Razali B Hasad

MURID-MURID SKGR

Aksi mantap murid-murid tahun 1.



Yang ni pula, Cikgu Ayaz bersama-sama dengan murid-murd yang manja.


Yang tengah senyum lebar ni namanya Adik Jamilah Bt Laminggu, murid tahun 1. Sangat aktif bila masa rehat.

PEMBANGUNAN DI SKGR



26HB Oct 2009, merupakan detik yang bersejarah untuk SKGR keranan, projek kelas kabin akan dimulakan secepat mungkin.

MAJLIS BERBUKA PUASA 2009

Majlis berbuka puasa telah di adakan di perkarangan Surau Kg. Gusi. Para jemputan terdiri daripada PPD daerah Ranau serta rombongan, guru-guru SK Gusi, penduduk Kg. Gusi dan pelajar-pelajar SKGR.

Terdapat beberapa aktiviti sempena Majlis Berbuka Puasa anjuran SK Gusi seperti Hafazan Surah-surah Pendek dan Pertandingan Azan dan majlis berbuka puasa.

Para jemputan sedang bersantai-santai sambil menunggu pertandingan dimulakan.



Bergambar bersama guru besar dan murid-murid SKGR.

KELAS TAHUN LIMA





USTAZ



Ustaz Adam B Tuan Hj. Azmi. Beliau merupakan guru yang paling muda pernah ditempatkan di SK Gusi. Beliau bertanggungjawab mengajar matapelajaran Pendidikan Islam dan PJK. Beliau kini telah tamat kontrak pada 31 Dec 2009 dan digantikan oleh Ustaz Abdullah yang berpindah daripada SK Kaingaran.

KELAS TAHUN TIGA



KELAS TAHUN SATU



PENOLONG KANAN KOKUM


Cikgu Datu Mohd Khiddar B Datu Kadir. Berasal dari Kota Marudu telah berkahwin dengan anak jati Kg. Lohan Ulu.

Thursday, October 29, 2009

PENOLONG KANAN HEM


Cikgu Mohd Yahya B Mohd Rustim, berasal dari Kg. Komborongoh Ranau. Penampatan pertama beliau di SK Karagasan Ranau.

SEJARAH SK GUSI RANAU



SEJARAH PEMBUKAAN KAMPUNG GUSI SUGUT RANAU

Kampung Gusi telah dibuka oleh Nenek Moyang orang-orang sungai pada awal tahun 70 an yang berasal dari kampong Kaingaran. Tujuan mereka berpindah adalah kerana untuk mencari kawasan tanah baru untuk bercucuk tanam dan mencari kawasan baru untuk berburu

Penduduk asal kampung ini menamakan tempat ini dengan nama Gusi, berdasarkan peristiwa penemuan Tempayan Lama yang sering terapung-apung di permukaan sungai di sekitar kawasan tersebut. Ramai di antara penduduk kampung sering kali terlihat tempayan terapung-apung di permukaan air dan tempayan itu sentiasa kelihatan cantik.

Maka dengan persitiwa itu, tempat ini di namakan Kampung Gusi, bermaksud tempayan yang cantik (Olumau) oleh ketua kamoung yang pertama iaitu KK Amiril Bogiton.

Suku kaum yang menduduki kawasan perkampungan ini terdiridaripada 90 peratus orang sungai dan 10 peratus lain-lain suku. Populasi penduduk di kampong ini ialah seramai 314 buah keluarga.

GURU BESAR CIKGU ASIDIN B SAKUNIR