Saturday, November 7, 2009

PEMBUKAAN SK GUSI RANAU

Majlis pelancaran pecah tanah tapak sekolah baru SK GUSI SUGUT RANAU telah disempurnakan oleh Tuan Haji Dr. Muhiddin Bin Yusuf, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, pada 15 November 2008.


SK. Gusi Ranau (SKGR) secara rasmi dibuka pada awal Januari 2009. Pada masa itu hanya seorang guru yang berpengalaman telah di tempatkan di sekolah ini. Cikgu Asidin B Sakunir merupakan guru pertama yang bertugas di SK Gusi dan dilantik sebagai Guru Besar SKGR.

Pada 1hb April 2009 seramai 36 murid telah mendaftar di SKGR. Bilangan tenaga pengajar telah bertambah sebanyak 2 orang iaitu Cikgu Reimon Geiwod dan Cikgu Mohd Yahya B Mohd Rustim. Sebelum berpindah ke SK Gusi, mereka pernah bertugas di SK Karagasan. Dengan rela hati dan ikhlas mereka berpindah ke sekolah baru yang sangat mencabar. Pertengahan bulan April, dua orang guru telah ditempatkan di sekolah ini Cikgu Datu Mohd Khiddar B Datu Kadir dan Cikgu Ah Cunh (nama samaran di Kg Karagasan)di pindahkan daripada SK Karagasan ke SKGR.

Penambahan guru-guru di SKGR adalah sangat perlu kerana sekolah ini masih lagi baru seperti bayi yang baru lahir.

Bagaimana hendak ke SK Gusi Ranau?
Perjalanan ke SKGR tidaklah mencabar sangat. Jika hendak ke sana, kenderaan yang dapat membawa anda ke sana tidak lain dan tidak bukan kenderaan pacuaan 4 roda ataupun 4x4. Jarak dari Ranau ke SKGR ialah sekitar 90 KM dengan melalui jalan batu kelikir dan tanah merah.

Jika dalam musim tengkujuh atau hujan iaitu sekitar bulan December hingga Febuary, openduduk kampung Gusi dan guru-guru akan menaiki bot laju menyusuri sungai Sugut. Kami bergerak dari Karagsan Port ke Gusi Port. Perjalanan menaiki bot adalah sekitar 45 minit sahaja dengan melepasi beberapa jeram yang sangat merbahaya.

Perlu dingatkan jika anda hendak menaiki bot, jangan lupa membawa jaket keselematan, yerlah kan sungai tu bahaya, arus teramat deras.

Kami guru-guru sangat bersyukur keranan mempunyai sahabat dan kawan yang sudi membantu kami untuk pergi ke Sk Gusi dengan menaiki bot laju. Pemandu bot seperti Sedara Arman B Siauh dan sedara 'Tilau' amat disegani. Mereka berdua boleh menyusuri sungai Sugut pada waktu malam dengan sedikit chaya bulan dan tanpa bantuan cahaya lampu. Itulah sedikit sebanyak pengalaman manis yang dapat saya coretkan.

2 comments:

  1. salam...
    dato...hebat coretan ko ni...jan lupa jasa2 cgu2 sk. karagasan...dorg pun byk tlog buka sk gusi...heheh...apapun congrats buat kamu yang sudi mengajar di sana...gua caya sama lu..tabik sprig...

    ReplyDelete
  2. Bukan semua tenaga pengajar yang mampu mencurahkan bakti untuk mendidik anak bangsa yang terdapat di kawasan pedalaman,tahnia diucapkan kepada saudara editor dan jua kepada tenaga pengajar yang lain.SKGR,baru nak tumbuh bak cendawan yang baru mula bercambah setelah disirami oleh hujan yang mencurah dicelah teriknya menteri,ketandusan pada sebuah penantian untuk membebaskan anak-anak yang terdapat di Kg tersebut daripada dibelangu oleh gelaran"Buta Huruf"

    ReplyDelete