Wednesday, January 26, 2011

SUKAN ZON 2011

Seramai 15 orang atlit daripada SK Gusi telah turut serta dalam Sukan Zon Ulu Sugut 2011 dianjurkan oleh SK Mengkapoh bermula dari 26 - 27 Jan 2011. Sepanjang 3 hari 2 malam, para atlit dan guru pengiring berkampung di SK Mengkapoh. Ini merupakan kali yang ke dua sekolah Gusi turut serta dalam sukan tahunan Zon Ulu Sugut.

Keputasan yang diterima pada hari ini, kesemua atlit SKGR kecundang pada peringkat saringan. Walaubagaimanapun di ucapkan tahniah kepada atlit SKGR kerana mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada pengurus SKGR 2011 iaitu Cikgu Hisyam Nasiri serta guru-guru yang lain kerana berjaya membawa atlit kita ke peringkat ini. Apa yang diharapkan pada masa hadapan, SKGR akan lebih menyerlah pada kejohanan sukan Zon Ulu Sugut pada masa akan datang.

Pencapaian terbaik pungutan pingat SKGR semasa Sukan Zon Ulu Sugut ialah pada tahun 2010 iaitu 1 perak menerusi acara lompat jauh.

Saturday, January 8, 2011

Pembikinan Jambatan Jumaat 7 Jan 2011

Guru- guru SKJ Gusi serta dan 2 orang penduduk Kg Gusi En. Arman Siauh dan En. Yunus Puatan membantu membina jambatan baru untuk perhubungan penduduk kampung yang terputus akibat hujan lebat.

Dengan terbinanya jambatan ini, maka penduduk kampung dapat bergerak ke pekan ranau ataupu ke kampung berhampiran.




























Hari Pertama Di Sekolah

Pada 3hb Januari 2011, SK Gusi telah mula beroperasi tepat pada jam 0700. Seramai 10 orang guru telah menjalankan tugas mereka dengan penuh semangat juang yang tinggi demi anak bangsa dan tanah air yang tercinta.

Di ketuai oleh Guru Besar En. Asidin Sakunir, di bantu oleh Pen. Kanan 1 En. Jakson Kawat, Pen. Hem En. Mohd Yahya Bin Mohd Rustim dan Pen. Kokum En. Hisyam Bin Nasiri. Mereka merupakan pengerak utama dalam memastikan pentadbiran sekolah berjalan dengan lancar dan teratur.

Senarai Guru KBSR
En. Jamal Bin Idris
En. Sharol Kamal Bin Zainal Abdin
En. Datu Mohd Khiddar Bin Datu Kadir
Ustaz Abdullah Lomangkad
Puan Nurul Amor
Cik Juraini Binti Hadid

Diucapkan kepada semua guru, selamat maju jaya, tunaikan tanggungjawab kita sembagai warga Gusi dan rakyat Malaysia yang gigih, jujur dan amanah.

GUSI NO. SATU
RANAU NO. SATU