Wednesday, January 26, 2011

SUKAN ZON 2011

Seramai 15 orang atlit daripada SK Gusi telah turut serta dalam Sukan Zon Ulu Sugut 2011 dianjurkan oleh SK Mengkapoh bermula dari 26 - 27 Jan 2011. Sepanjang 3 hari 2 malam, para atlit dan guru pengiring berkampung di SK Mengkapoh. Ini merupakan kali yang ke dua sekolah Gusi turut serta dalam sukan tahunan Zon Ulu Sugut.

Keputasan yang diterima pada hari ini, kesemua atlit SKGR kecundang pada peringkat saringan. Walaubagaimanapun di ucapkan tahniah kepada atlit SKGR kerana mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada pengurus SKGR 2011 iaitu Cikgu Hisyam Nasiri serta guru-guru yang lain kerana berjaya membawa atlit kita ke peringkat ini. Apa yang diharapkan pada masa hadapan, SKGR akan lebih menyerlah pada kejohanan sukan Zon Ulu Sugut pada masa akan datang.

Pencapaian terbaik pungutan pingat SKGR semasa Sukan Zon Ulu Sugut ialah pada tahun 2010 iaitu 1 perak menerusi acara lompat jauh.

No comments:

Post a Comment