Friday, October 30, 2009

KETUA PENGAWAS & PENOLONG


Penolong Ketua Pengawas SKGR
Mohd. Kazarudin b Kamaruddin


Ketua Pengawas SKGR
Mohd. Razali B Hasad

MURID-MURID SKGR

Aksi mantap murid-murid tahun 1.



Yang ni pula, Cikgu Ayaz bersama-sama dengan murid-murd yang manja.


Yang tengah senyum lebar ni namanya Adik Jamilah Bt Laminggu, murid tahun 1. Sangat aktif bila masa rehat.

PEMBANGUNAN DI SKGR



26HB Oct 2009, merupakan detik yang bersejarah untuk SKGR keranan, projek kelas kabin akan dimulakan secepat mungkin.

MAJLIS BERBUKA PUASA 2009

Majlis berbuka puasa telah di adakan di perkarangan Surau Kg. Gusi. Para jemputan terdiri daripada PPD daerah Ranau serta rombongan, guru-guru SK Gusi, penduduk Kg. Gusi dan pelajar-pelajar SKGR.

Terdapat beberapa aktiviti sempena Majlis Berbuka Puasa anjuran SK Gusi seperti Hafazan Surah-surah Pendek dan Pertandingan Azan dan majlis berbuka puasa.

Para jemputan sedang bersantai-santai sambil menunggu pertandingan dimulakan.



Bergambar bersama guru besar dan murid-murid SKGR.

KELAS TAHUN LIMA





USTAZ



Ustaz Adam B Tuan Hj. Azmi. Beliau merupakan guru yang paling muda pernah ditempatkan di SK Gusi. Beliau bertanggungjawab mengajar matapelajaran Pendidikan Islam dan PJK. Beliau kini telah tamat kontrak pada 31 Dec 2009 dan digantikan oleh Ustaz Abdullah yang berpindah daripada SK Kaingaran.

KELAS TAHUN TIGA



KELAS TAHUN SATU



PENOLONG KANAN KOKUM


Cikgu Datu Mohd Khiddar B Datu Kadir. Berasal dari Kota Marudu telah berkahwin dengan anak jati Kg. Lohan Ulu.

Thursday, October 29, 2009

PENOLONG KANAN HEM


Cikgu Mohd Yahya B Mohd Rustim, berasal dari Kg. Komborongoh Ranau. Penampatan pertama beliau di SK Karagasan Ranau.

SEJARAH SK GUSI RANAU



SEJARAH PEMBUKAAN KAMPUNG GUSI SUGUT RANAU

Kampung Gusi telah dibuka oleh Nenek Moyang orang-orang sungai pada awal tahun 70 an yang berasal dari kampong Kaingaran. Tujuan mereka berpindah adalah kerana untuk mencari kawasan tanah baru untuk bercucuk tanam dan mencari kawasan baru untuk berburu

Penduduk asal kampung ini menamakan tempat ini dengan nama Gusi, berdasarkan peristiwa penemuan Tempayan Lama yang sering terapung-apung di permukaan sungai di sekitar kawasan tersebut. Ramai di antara penduduk kampung sering kali terlihat tempayan terapung-apung di permukaan air dan tempayan itu sentiasa kelihatan cantik.

Maka dengan persitiwa itu, tempat ini di namakan Kampung Gusi, bermaksud tempayan yang cantik (Olumau) oleh ketua kamoung yang pertama iaitu KK Amiril Bogiton.

Suku kaum yang menduduki kawasan perkampungan ini terdiridaripada 90 peratus orang sungai dan 10 peratus lain-lain suku. Populasi penduduk di kampong ini ialah seramai 314 buah keluarga.

GURU BESAR CIKGU ASIDIN B SAKUNIR