Thursday, October 29, 2009

SEJARAH SK GUSI RANAU



SEJARAH PEMBUKAAN KAMPUNG GUSI SUGUT RANAU

Kampung Gusi telah dibuka oleh Nenek Moyang orang-orang sungai pada awal tahun 70 an yang berasal dari kampong Kaingaran. Tujuan mereka berpindah adalah kerana untuk mencari kawasan tanah baru untuk bercucuk tanam dan mencari kawasan baru untuk berburu

Penduduk asal kampung ini menamakan tempat ini dengan nama Gusi, berdasarkan peristiwa penemuan Tempayan Lama yang sering terapung-apung di permukaan sungai di sekitar kawasan tersebut. Ramai di antara penduduk kampung sering kali terlihat tempayan terapung-apung di permukaan air dan tempayan itu sentiasa kelihatan cantik.

Maka dengan persitiwa itu, tempat ini di namakan Kampung Gusi, bermaksud tempayan yang cantik (Olumau) oleh ketua kamoung yang pertama iaitu KK Amiril Bogiton.

Suku kaum yang menduduki kawasan perkampungan ini terdiridaripada 90 peratus orang sungai dan 10 peratus lain-lain suku. Populasi penduduk di kampong ini ialah seramai 314 buah keluarga.

1 comment:

  1. Untuk penambahan saudara,penduduk Kg Gusi tidak terdiri daripada Kg Kaingaran asalnya sahaja tapi ada jua yg berasal dari lain-lain tempat seperti Kg Lingkabau,Kg Paitian dan jua Kg Tongod.

    ReplyDelete