Saturday, September 4, 2010

Selamat Berjuang Sahabat Ku

SK Gusi telah kehilangan dua orang guru yang amat disegani dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Cikgu Reimon@Adam Giwod telah di pindahkan ke Sek St Benadit dan Cikgu Wellie David pula di tempatkan di Sek Pekan 2.

Semoga dua orang sahabat baik Sk Gusi ini dapat menabur jasa pula di sekolah baru mereka.

Kedua-dua guru ini merupakan guru matematik. Apabila Cikgu Reimon dipindahkan, maka SK Gusi terasa kehilangan beliau kerana Cikgu Reimon mengajar kelas tahun 6 (UPSR). Dengan itu pincanglah perancangan SK Gusi yang telah diatur sejak awal tahun kerana perpindahan guru matematik yang amat berpengalaman ini.

Kita sedia maklum bahawa sekolah ini masih baharu dan sangat-sangat memerlukan guru yang berpengalaman luas dalam semua segi. Pada tahun ini juga peperiksan UPSR yang pertama kali di jalankan di sekolah ini.Diharap, ada hikmah disebalik ini.

Don't Drink and Drive!!

No comments:

Post a Comment