Thursday, July 1, 2010

Gabungan guru sekolah sokong UPSR dihapus

Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) menyokong Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dihapuskan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi.

Beliau berkata GMGBM berpendapat ada baiknya peperiksaan awam diadakan sekali sahaja kerana dari segi nilai hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang boleh diguna untuk mendapatkan pekerjaan dan memohon kemasukan ke universiti.

“Kalau UPSR dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) ini sijilnya tiada nilai selepas daripada itu. Sebab itu GMGBM setuju UPSR diganti dengan penilaian sekolah atau ‘school based assessment’,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan diploma dan sijil pada konvokesyen Kolej Teknologi Yayasan Pendidikan Cheras YPC-ITWEB kali ke-6 di sini kelmarin.

Puad berkata kerajaan akan memperluaskan Sijil Kemahiran Malaysia iaitu tidak terhad untuk pelajar lepasan SPM sahaja, sebaliknya ia akan diberi kepada mereka yang telah bekerja berdasarkan pengalaman mereka bekerja tanpa perlu mengikuti pengajian.

“Mereka yang sudah bekerja, katalah dia bekerja di bengkel membaiki kereta dan motor…jadi pengalaman dia selama lima tahun boleh dinilai sama ada dia layak diberikan Sijil Kemahiran Malaysia walaupun dia tidak mengikuti kursus macam pelajar biasa yang masuk kuliah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata pemberian sijil ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Pada konvokesyen itu, 161 graduan menerima diploma perniagaan dan teknologi maklumat dan 46 graduan menerima sijil kursus asasi perniagaan dan teknologi maklumat. -NST

Sumber-Sabahdaily.net

Saturday, June 26, 2010

World Cup South Africa 2010

This is a true story.

Most of the teachers love soccer/football even though some of us can't play very well hahaha. Even in the remote area, we still can watch live match by subscribing to ASTRO. Yes, we have an ASTRO, i know some of you might think it seems silly but we have indeed.

Therefore, every match, we can't miss to watch. What is my favorite team? USA, Argentina, Brazil, Mexico, South Korea and of course Japan (domo arigato). Which team will win the World Cup? I'm not telling you because i have no idea. Just sit tight and enjoy the match.

"NO BOOKIE PLEASE"

Kami Guru Pedalaman 3







Coretan hari ini berkenaan dengan pengalaman bertugas di sekolah yang dikelaskan sebagai pedalaman 3. Apa itu pedalaman 3?

Pedalaman 3 adalah untuk sekolah yang paling "jauh", mundur, tiada kemudahan asas, dan macam-macam lagilah.

Tepukan gemuruh untuk guru-guru yang sedia mengajar di tempat ini. Mereka sangat tabah, cekal dan sentiasa bersemangat untuk mengajar.

"Love Your Self, Be Your Self"

SUkan Pra-Sekolah


Dari kiri: Cikgu Datu, Cikgu Dasim (SK Karagasan),Cikgu Mohd Yahya, Ustaz Zul (SK Karagasan, EN. Jasmi (SK Karagasan) dan berdiri di belakang En. Roy PK1 (SK Karagasan).





Pada 24 June 2010 yang lepas, SK Gusi telah menghantar peserta untuk mengambil bahagian dalam Sukan Prasekolah yang bertempat di SK Melinsau. Sebanyak 6 buah sekolah sekitar Zon Sugut yang mengambil bahagian.

SK Gusi telah mendapat tempat ke 5 keseluruhan, cayalah sifu Shah dan PPM CIk Shida, next year boleh up kan lagi. Turut membantu juga ialah dua orang guru pengiring merangkap dirverlah, iaitu Encik Mohd Yahya dan Yang Mulia Datu Mohd Khiddar. Ibubapa pun ada join sama.

"Next Year Our School Will Be on The Next Top Three"

21 June 2010

Diucapkan selamat maju jaya kepada semua guru-guru dan KTBM SK Gusi sebab 21 June 20101 sekolah dah start buka setelah berminggu-minggu cuti sekolah.

SELAMAT POK!!

Tuesday, June 1, 2010

Pesta Keamaatan 4x4 Special Stage

Pada cuti Keaamatan ini, satu pertandingan 4x4 telah diadakan di Lohan Dam, dan ia berlangsung selama 3 hari 2 malam. Pihak editor bersama krew turut mengambil bahagian iaitu tangkap gambar saja. Belum mampu lagi nak join sama, kereta belum power lagi nihh.

Pertandingan kali ini amat menarik dan sangat berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Banyak SS yang mencabar para perserta. Tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjur pertandingan ini dengan "Two Thumbs UP."

Pertandingan 4x4 ini tiap-tiap tahun diadakan di tempat yang sama, cuma cabaran SS sahaja yang berbeza-beza. Kalau para sahabat yang tidak berkesempatan melihat aksi para peserta 4x4, anda bolehlah round-round tengok gambar yang editor sempat ambil.

























Penanaman Pokok Sempena Program Gotong Royong Perdana Mei 2010















Encik Amat wakil PPD Ranau


Encik Ayub wakil PPD Ranau sedang menanam pokok kenangan dengan dibantu oleh Ustaz Lomangkad dan Pengerusi PIBG Encik Galpam Abdulla





Yang Berhormat Dr. Joachim ADUN Kundasang sedang menanam pokok kenangan sambil dibantu oleh Ustaz Abdullah Lomangkad Guru SK Gusi.


Yang Berhormat Datuk Saringan Gubat Ahli Parlimen P179 sedang menanam pokok kenangan sambil dibantu oleh Encik Asidin Sakunir Guru Besar SK Gusi