Seramai 10 orang murid selamat menduduki UPSR pada tahun ini yang terdiri daripada 4 orang pelajar perempuan dan 6 orang pelajar lelaki. Sepanjang peperiksaan di jalankan tidak ada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Tiga orang pengawas telah di beri mandat untuk memastikan proses perjalanan UPSR berjalan dengan adil dan aman. Mereka terdiri daripada guru-guru yang bertugas di SK Timbua (Cikgu Waiman: Ketua Pengawas), SK Kaingaran (Cikgu Hananim)dan SK Karagasan (Cikgu Sarjoe). Seorang penyelia dari PPD Ranau turut di tempatkan di sekolah ini. Pihak editor mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Apa-apa pun, kita berdoa pada Tuhan agar murid-murid SK Gusi lulus dengan cemerlang dalam UPSR pada tahun ini.
SK Gusi, Sekolah Harapan
Sunday, September 26, 2010
Friday, September 10, 2010
10 SEPTEMBER 2010

Hari raya aidilfitri jatuh pada hari Jumaat 1 Syawal 1431H bersamaan dengan 10 Sept 2010.
Sedih hati berpisah dengan bulan yang pernuh berkat dan rahmat. Andai dipanjangkan usia, InsyaAllah tahun depan bulan Ramadan bertemu jua.
Sempena hari raya ini, kunjung mengunjung sudah menjadi tradisi umat Islam, maka datanglah beramai-ramai ke rumah terbuka guru-guru SK Gusi.
Raya Pertama : Rumah terbuka En Shahrol Kamal (Johor), En Jamal (Tawau),
En Mohd Yahya (Kemborongoh), Cik Roshida (Ranau), En Reimon (Lohan Ulu)
Raya Kedua : Rumah terbuka En Datu Mohd Khiddar (Lohan Ulu)
Raya Ketiga : Rumah terbuka En Asidin Sakunir (Skim 1)
Jangan lupa, datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan majlis rumah terbuka 2010.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Thursday, September 9, 2010
Sunday, September 5, 2010
Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia
Pada 31 Ogos yang lalu, SK Gusi dengan bangganya ingin mencanang kepada seluruh dunia bahawa satu sambutan yang julung-julung kali diadakan iaitu Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia bertempat di SK Gusi dan kawasan kampung Gusi.
Tahniah kepada warga Gusi kerana menanamkan sifat kasihkan tanah air dan juga agama dalam diri anak-anak muda Kg. Gusi.
'TWO THUMBS UP'










Tahniah kepada warga Gusi kerana menanamkan sifat kasihkan tanah air dan juga agama dalam diri anak-anak muda Kg. Gusi.
'TWO THUMBS UP'










Saturday, September 4, 2010
Menyambut Kelahiran

Tahun ni, kebanyakan guru-guru SK Gusi mendapat cahya mata. Bukan cermin mata ya!Cikgu yang bertuah sangat tu ialah, Cikgu Hisyahm dapat anak perempuan, Cikgu Dato dapat anak lelaki kembar, Cikgu Wellie dapat anak perempuan dan ada lagi....nanti dah lahir webmaster akan hebahkan juga!
TAHNIAH KEPADA CIKGU HISYAM, CIKGU DATO DAN CIKGU WELLIE KERANA DAH JADI AYAH/ABAH/BAPA/DADDY.JAGA ANAK ANDA DENGAN SEBAIKAN MUNGKIN,KERANA MEREKA ADALAH AMANAH DARI TUHAN YANG MAHA ESA.
Subscribe to:
Posts (Atom)


