Showing posts with label Tenaga Pengajar. Show all posts
Showing posts with label Tenaga Pengajar. Show all posts

Saturday, September 4, 2010

Selamat Berjuang Sahabat Ku

SK Gusi telah kehilangan dua orang guru yang amat disegani dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Cikgu Reimon@Adam Giwod telah di pindahkan ke Sek St Benadit dan Cikgu Wellie David pula di tempatkan di Sek Pekan 2.

Semoga dua orang sahabat baik Sk Gusi ini dapat menabur jasa pula di sekolah baru mereka.

Kedua-dua guru ini merupakan guru matematik. Apabila Cikgu Reimon dipindahkan, maka SK Gusi terasa kehilangan beliau kerana Cikgu Reimon mengajar kelas tahun 6 (UPSR). Dengan itu pincanglah perancangan SK Gusi yang telah diatur sejak awal tahun kerana perpindahan guru matematik yang amat berpengalaman ini.

Kita sedia maklum bahawa sekolah ini masih baharu dan sangat-sangat memerlukan guru yang berpengalaman luas dalam semua segi. Pada tahun ini juga peperiksan UPSR yang pertama kali di jalankan di sekolah ini.Diharap, ada hikmah disebalik ini.

Don't Drink and Drive!!

Saturday, May 22, 2010

My Teacher 01


Cikgu Mohd Yahya B Mohd Rustim (PK HEM)


Cikgu Jackson Kawat (PK 1)


Cikgu Datu Mohd Khiddar (Editor)

Tuesday, April 13, 2010

Pra-Sekolah


Dari Johor Mai KK, sekarang ni stay menyewa di Kg. Lohan, Ranau bersama-sama dengan kawan baik (Encik Musa). Masuk kerja pergi pulak ke SK Gusi Sugut Ranau, jauh ba tu! 3 jam setengah driving!!

Cikgu Mohd Sharol Kamal Zainal Abidin, merupakan guru pra-sekolah pertama di tempatkan di sekolah ini. Bujang weiii orangnya, ada tahi lalat lagi tu di dagu.

Proses P&P tetap dijalankan dengan di bantu oleh Pembantu Pengurusan Murid (anak si mummy)Cik Roshida Bt Sallehudin.

Cuma keadaan kelas yang serba serbi kurang, maklumlah sekolah baru akan tetapi semangat 'tambang' tetap membara di hati guru-guru ini. Untuk memastikan anak -anak bangsa mendapat pelajaran yang sewajarnya.

Friday, February 5, 2010

Guru Baru

Encik Jamal, guru pemulihan, ini merupakan sekolah pertama beliau.


Al-Fadhil Ustaz Abdullah, tempat bertugas dahulu di SK Kaingaran Sugut, beliau menggantikan Ustaz Adam yang telah tampat kontrak pada 31 Dec 2009



Encik Jackson, tempat bertugas dahulu di SK Ladang Tomanggong, beliau kini mengajar matapelajaran teras Sains dan Bahasa Kebangasaan.

Friday, October 30, 2009

USTAZ



Ustaz Adam B Tuan Hj. Azmi. Beliau merupakan guru yang paling muda pernah ditempatkan di SK Gusi. Beliau bertanggungjawab mengajar matapelajaran Pendidikan Islam dan PJK. Beliau kini telah tamat kontrak pada 31 Dec 2009 dan digantikan oleh Ustaz Abdullah yang berpindah daripada SK Kaingaran.

PENOLONG KANAN KOKUM


Cikgu Datu Mohd Khiddar B Datu Kadir. Berasal dari Kota Marudu telah berkahwin dengan anak jati Kg. Lohan Ulu.

Thursday, October 29, 2009

PENOLONG KANAN HEM


Cikgu Mohd Yahya B Mohd Rustim, berasal dari Kg. Komborongoh Ranau. Penampatan pertama beliau di SK Karagasan Ranau.

GURU BESAR CIKGU ASIDIN B SAKUNIR