Showing posts with label Nah Good News 2010. Show all posts
Showing posts with label Nah Good News 2010. Show all posts

Saturday, May 22, 2010

Sepak Takraw Kami Juara


(Gambar Lama)

Pada 8-9 Mei 20101, Pertandingan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun telah diadakan di Dewan Masyarakat Papar.

SK Gusi turut menghantar wakil zon selatan dan telah menjuarai kejohanan ini dengan kemenangan penuh bergaya. Pasukan sepak takraw SK Gusi telah di bimbing oleh jurulatih utama Cikgu Asidin B Sakunir dan di bantu oleh Cikgu Hisham B Nasiri. Tidak dilupakan juga pihak PPD Ranau serta Cikgu Yusuf (SK Miruru) dan Ustaz Abdullah Lumangkad (SK Gusi) yang telah membantu dari segi kewangan dan keringat. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas budi baik anda semua.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

Monday, March 15, 2010

Kelab Guru dan KTBM SKGR

Minggu lepas, secara rasminya Kelab Guru SKGR secara rasminya telah ditubuhkan. Pengerusi pertama yang telah dilantik, En Jackson Kawat dengan di bantu oleh guru-guru yang amat sangat cekal dan bijaksana.

Apa-apa pun, penubuhan kelab ini adalah sangat penting kerana salah satu fungsi kelab ini ialah menjaga kebajikan para guru dan kakitangan bukan mengajar (KTBM) dan pada masa hadapan, banyak lagi aktiviti kelab yang akan dijalankan.

Thursday, March 11, 2010

Berita Semasa






Satu program kecermerlangan telah dilancarkan atas usaha semua guru-guru SK Gusi.

Program Kecermerlangan UPSR 2010 dilancarkan pada hari Rabu 10 Mar 2010 bertempat di kelas tahun 6.

Program Kecremerlangan UPSR 2010 SK Gusi telah dilancarkan dengan jayanya oleh Tuan Pengerusi Program En. Jackson Kawat dengan saksikan oleh para jemputan khas iaitu para guru-guru, ibubapa serta murid-murid SKGR.

Untuk pengetahuan Tuan Jackson merupakan guru yang sangat berpengalaman dalam bidang pendidikan. Nama beliau tidak asing lagi di kalangan rakan-rakan semasa di sekolah lama beliau. Perlantikan beliau sebagai pengerusi akan dapat merancakkan lagi program ini.

Saturday, February 13, 2010

Pengawal Keselamatan


(Saudara Along)

Pada bulan ini, pihak syarikat keselamatan telah melantik 3 orang pengawal (dipersetuji oleh pihak sekolah) yang bertanggungjawab menjaga kemakmuran dan keselamatan harta benda kerajaan.

Dengan adanya pengawal keselamatan yang dilantik, maka aset utama kerajaan akan dapat dijaga dengan baik.

Friday, February 5, 2010

Good News

Road to Gusi is better than before (musim banjir), much thanks to the Karagasan community because they fixed it, for free. Yeah free, no hidden charges, no fee at all. 100% free of charge.Thanks, we promise we will use the road for good intention only.

If you want to visit us you might want to use 4x4 truck because the road is still in bad condition. Its not like highway 66 or road from Ranau to KK. Its conditions more like before we get our independent form the 'Brits'. Trust me, you need a lot of courage and encouragement if you want to visit us.

Right now, the manpower at our school is about 11 guru/teacher that includ Guru Besar. Thank God, finally, we have a full strength to fulfill the school vision and the PIPP.

If i have any good news, i definitely 'konfom' will share with ya! Chio!!

Anyhow, Happy Chinese New Year for those who celebrate it. Gong Xi Fa Chai (The Year Of The Tiger)